Malaysia Tidak Putus Hubungan Dengan Korea Utara - Media Shah Alam Malaysia Tidak Putus Hubungan Dengan Korea Utara - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 31 Mac 2017

Malaysia Tidak Putus Hubungan Dengan Korea Utara

CHENNAI, 31 Mac: Malaysia tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara berikutan ketegangan politik susulan kes pembunuhan warga Korea Utara Kim Jong-nam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun berdepan kesukaran, namun penyelesaian kes pembunuhan Jong-nam menepati objektif rundingan yang ditetapkan kerajaan.

“Kita harap mereka jangan buat kes macam ini lagi. Ia akan memudaratkan hubungan antara kedua-dua negara,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Najib berkata dalam mencari penyelesaian kes berkenaan, beliau menetapkan dua objektif yang perlu dicapai oleh jawatankuasa yang ditubuhkan bagi merundingkan masalah tersebut dengan Korea Utara.

Objektif pertama adalah memastikan kesemua rakyat Malaysia di Korea Utara selamat dengan objektif kedua, kedaulatan negara tidak diketepikan dalam rundingan tersebut.

Kedua-dua objektif itu telah tercapai dengan tiga diplomat Malaysia bersama enam anggota keluarga di Pyongyang selamat tiba di negara ini awal pagi ini. — Bernama


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Malaysia Tidak Putus Hubungan Dengan Korea Utara Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam