Maut Kemalangan di Pulau Chondong - Media Shah Alam Maut Kemalangan di Pulau Chondong - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 23 Mac 2017

Maut Kemalangan di Pulau Chondong

MACHANG - Seorang lagi mangsa kemalangan di Kampung Tok Kaya, dekat Pulai Chondong di sini meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira -kira jam 11.30 pagi tadi.

Mangsa mengalami kecederaan parah di muka dan badan,

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, kematian Yajid Ismail, 82, menjadikan angka korban akibat kemalangan maut itu meningkat kepada empat orang.

Sebelum ini, tiga lagi meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 31, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai itu selain isterinya, Azizah Zakaria, 74; anak, Siti Rohani, 35, dan cucunya, Mohd Zahirul Fitri Mohd Hasrul Nizam,11.

Seorang lagi cucunya, Mohd Tharid Hakim, 5, masih menerima rawatan, manakala seorang lagi sudah dibenarkan pulang.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, tiga beranak itu maut apabila kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kampung Tok Kaya, dekat sini.-Sinar Harian



Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Maut Kemalangan di Pulau Chondong Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam