Muhyiddin Jawab Siapa Calon PM Dari Pakatan Harapan - Media Shah Alam

Header Ads

Muhyiddin Jawab Siapa Calon PM Dari Pakatan Harapan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KUALA LUMPUR, Mac 28 : Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan lebih cepat isu kepimpinan Pakatan Harapan boleh diselesaikan, ia adalah lebih baik bagi gabungan pembangkang itu bagi mengaharungi cabaran Pilihanranya Umum ke – 14 nanti.

Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung kedudukan samar-samar HARAPAN mengenai siapa akan menjadi calon perdana menteri dan timbalannya jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

“Pemimpin Pakatan Harapan mengakui persepsi bahawa kita perlu lebih bersatu.

“Pakatan ini akan membolehkan kami membincangkan isu seperti kepimpinan dan pembahagian kerusi secara bebas dan ikhlas.

“Lebih cepat kita selesaikan ini, makan ia akan menjadi lebih baik untuk Pakatan Harapan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya hari ini.

Muhyiddin, berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BERSATU, juga mengumumkan pelantikan pengerusi dan timbalannya untuk kepimpinan parti itu di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Perak, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.


Katanya, kepimpinan bagi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Perlis akan diumumkan pada masa akan datang.

Muhiyiddin berkata BERSATU tidak akan menubuhkan pejabatnya di Sabah atau Sarawak kerana ia akan menumpukan usahanya pada kawasan di Semenanjung Malaysia.

Barisan pembangkang sering berada dalam dilema siapa yang mahu ditonjolkan sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya umum nanti.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dicalonkan oleh tokoh partinya Tun Dr Mahathir Mohamad, sementara calon lain Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara.

Sewaktu nama Muhyiddin timbul, barisan pembangkang sedia ada Pakatan Harapan bertegas calon perdana menteri mestilah Anwar.

Selain isu tersebut, parti-parti pembangkang berdepan masalah pengagihan kerusi bagi memastikan strategi “satu lawan satu” dengan BN.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.