Najib Nak Undi-Mahathir - Media Shah Alam Najib Nak Undi-Mahathir - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 17 Mac 2017

Najib Nak Undi-Mahathir

KOTA BHARU - Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kelantan baru-baru ini dengan membawa pelbagai projek pembangunan tidak lebih daripada mahu mendapatkan undi sahaja.

Beliau berkata, tindakan itu jelas menggambarkan sikap Najib yang bukan benar-benar sayang kepada rakyat, sebaliknya mahu mempertahankan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya kini.

“Najib datang kata nak buat landasan kereta api, kenapa? kerana nak undi, niat dah tak baik, itu sebab dia kena hulurkan wang, orang Melayu lebih suka disogok daripada orang bukan Melayu, dia akan datang berkali-kali, sebab akan ada pilihan raya," katanya semasa menyampaikan ceramah Perdana di sini semalam.

Najib semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Hospital Bachok mendakwa pemimpin sebelumnya telah mendera Kelantan dengan tidak menyediakan peruntukkan yang sewajarnya untuk membangunkan negeri ini.


Semasa lawatan itu, Najib turut mengumumkan memanjangkan projek pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) dari Wakaf Bahru ke Pengkalan Kubor sejauh 16 kilometer.

Dalam pada itu Tun Mahathir mendakwa ketika menjadi Perdana Menteri, beliau turut membantu rakyat Kelantan dengan menghulurkan pinjaman kepada Kerajaan negeri bagi menguruskan bekalan air bersih di negeri ini.

“Dia (Najib) sayang kepada orang Kelantan, saya tidak sayang, saya cuma bagi duit kepada Tok Guru Nik Aziz sebab orang Kelantan tidak ada air bersih, itu bukan sayang namanya, mungkin saya nak sesuatu dari orang Kelantan ketika itu," katanya dalam nada sinis.

Mengulas mengenai PRU nanti, beliau yakin Najib akan berada dalam keadaan dilema untuk mengadakan pilihan raya sekiranya beliau melihat suasana tidak kondusif ekoran tindakan rakyat yang berterusan menolaknya.

“Saya yakin pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat, apalagi kalau nampak hadir dalam perhimpunan kita, tidak baik untuk buat PRU, dia juga boleh isytihar darurat, tetapi kita mesti tuntut hak kita memilih kerajaan itu hak rakyat kita diberi mengundi sebagai satu kuasa kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECLR) tidak lebih daripada usaha Perdana Menteri mendapatkan wang dari negara China bagi menyelesaikan pelbagai hutang negara.



Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Najib Nak Undi-Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam