Pak Cik Jalud Meninggal Dunia - Media Shah Alam Pak Cik Jalud Meninggal Dunia - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 2 Mac 2017

Pak Cik Jalud Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon Shaikh Mahadi Ahmad Baladram, 70, atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jalud disahkan meninggal dunia di kediamannya di Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Cheras akibat sakit tua pada pukul 11 pagi tadi.

Berita kematian Pak Cik Jalud itu disahkan sendiri oleh anak angkatnya yang dikenali sebagai Aminuddin Ahmad Nasir, 29, ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Ya, ayah saya sudah tiada. Doktor mengesahkan punca kematian berpunca daripada sakit tua, arwah juga mempunyai masalah asma.

Solat jenazah akan dilakukan di Surau Al-Mustaimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak dan proses pengebumian pula di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras selepas solat Asar,katanya.
Selain berlakon, arwah juga merupakan seorang legenda ventriloquist negara atau seni bercakap dari perut bersama patung yang dinamakan sebagai Jalud.

Bakat dan kerjaya seninya mula dicungkil selepas menjadi finalis Bakat TV RTM tahun 1978.
Antara filem yang pernah dibintangi oleh Pak Cik Jalud adalah Mami jarum arahan Prof. Datuk A. Razak Mohaideen pada 2002. – K! ONLINE


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Pak Cik Jalud Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam