Pakatan Harapan Terima Kemasukan PPBM Secara Rasmi - Media Shah Alam Pakatan Harapan Terima Kemasukan PPBM Secara Rasmi - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Isnin, 20 Mac 2017

Pakatan Harapan Terima Kemasukan PPBM Secara Rasmi

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan secara rasmi menyambut kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam pakatan pembangkang.

Keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada Isnin.

PPBM, yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini akan didaftarkan sebagai ahli pakatan pembangkang.

"Majlis Presiden Pakatan Harapan, yang bermesyuarat pada hari ini telah memutuskan, dengan sebulat suara untuk menerima hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai anggota Pakatan Harapan.

"Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatan Harapan.

"Mesyuarat bersetuju berbincang dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baharu," menurut kenyataan majlis itu yang ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM, minggu lepas mengumumkan bahawa parti itu secara rasmi akan menyertai pembangkang.



Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Pakatan Harapan Terima Kemasukan PPBM Secara Rasmi Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam