PAS Sengat Azmin Ali - Media Shah Alam

Header Ads

PAS Sengat Azmin Ali

“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur.” sebenarnya racun pembunuh yang akan dirasai Azmin Ali dan keseluruhan pemimpin PKR.

Walaupun kata-kata sinis itu pada awal dijangka tidak seperti menjolok sarang tebuan namun Azmin kini merasai sengatnya.
Azmin dan PKR keseluruhanya akan menerima tamparan hebat apabila 90 peratus harapan untuk meneruskan kerjasama politik dengan PAS semakin kabur.

Bukan sahaja di Selangor malah Pulau Pinang khasnya kerusi Wan Azizah di Permatang Pauh juga turut bergoyang.
Manakala itu PAS kawasan Shah Alam juga turut dikatakan turut terasa dengan sindiran Azmin dan menuggu waktu untuk mematahkan kemudi dan galah agar PKR tidak terus berkemudi dan bergalah dengan perahu jentera mereka.

Bukan sahaja dewan pemuda PAS Subang dan Pandan telah memberikan bayangan hitam pada Azmin dan PKR,PAS Shah Alam juga turut diperkatakan akan memadam cahaya yang sekian lama menerangi jalan-jalan gelap PKR selama ini.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Subang telah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PKR,manakala PAS Tumpat, Permatang Pauh dan Bayan Baru telah mendahului yang lain.

Kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor mungkin akan bermasalah berikutan perselisihan berpunca daripada Azmin,kerajaan pimpinan Azmin mungkin akan memecat EXCO dikalangan PAS,namun kesakitan untuk menghadapi PRU14 terpaksa diterima PKR berikutan rakan sekutu barunya(PPBM,PAN) belum ada kerusi dari hasil usaha sendiri.

Kekuatan PKR yang ada hari ini tidak melayakkan parti itu memerintah mana-mana negeri,apa yang terjadi di Selangor hanya hasil wujudnya satu pakatan yang layak digelar pakatan cacamerba.

Azmin dan PKR yang anggkuh bukan sahaja tergugat kerana mereka bercerai sebaliknya kekuatan UMNO Selangor juga menjadi ancaman besar kepada tumbangnya pakatan cacarmerba di negeri itu pada PRU14 nanti.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.