PAS Tidak Izin Kerusinya Dirampas - Media Shah Alam

Header Ads

PAS Tidak Izin Kerusinya Dirampas

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

BUKIT GANTANG - Pas tidak akan mengorbankan kerusi yang memang sudah menjadi tradisinya demi memberi laluan kepada parti pembangkang lain pada PRU14.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu muktamad kerana Pas tidak akan menyertai pakatan pembangkang dalam pilihan raya.

Namun katanya, Pas mengalu-alukan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dasar dan prinsip parti untuk menang PRU14.


“Kami (Pas) tidak akan menyertai Pakatan Harapan atau mana-mana pakatan, kerana setiap kali berpakat, Pas terpaksa korbankan kerusi yang ada.

"Sebelum ini, dengan Parti Semangat 46, Pas terpaksa mengorbankan satu pertiga kerusi dan dengan PKR juga begitu. Kita perlu menyerahkan kerusi setiap kali muafakat,” katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di sini, kelmarin.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad; Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria; Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin dan Yang Dipertua Pas Bukit Gantang, Faisal Abd Raman.

Tuan Ibrahim berkata, kini Pas diminta menyertai Pakatan Harapan, tetapi dengan menyertainya, Pas terpaksa menyerahkan kerusi.

“Itu tidak akan berlaku, kita (pembangkang) boleh sama-sama tumbangkan Umno dan BN tetapi jangan ganggu kerusi Pas. Minta maaf, tak boleh.

“Pas sentiasa buka pintu perundingan, tetapi apabila masuk ke rumah kami, jangan curi barang kami,” katanya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana parti pembangkang lain untuk tidak cuba merampas dan jatuhkan kerajaan Pas Kelantan.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.