PBT Tiada Kuasa Tutup Pusat Judi Haram - Media Shah Alam PBT Tiada Kuasa Tutup Pusat Judi Haram - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 3 Mac 2017

PBT Tiada Kuasa Tutup Pusat Judi Haram

TERIMA KASIH Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menyarankan pindaan undang-undang dilakukan agar memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa tempatan menutup pusat judi haram.

Rakyat Selangor rasanya pasti teruja dengan saranan yang dibuat MPSJ seperti kenyataan oleh Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan , pindaan kepada undang-undang kecil diperlukan untuk membolehkan penguatkuasaan lebih ketat dilakukan.

“Menurut undang-undang sedia ada, kita hanya boleh mengenakan denda RM1,000, merampas mesin dan peralatan lain sahaja, namun tiada hukuman penjara kepada si pengusaha pusat judi.

“Batas tindakan PBT juga hanya boleh meletakkan pita kuning pada premis tetapi kita tidak boleh menutup premis kerana tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Adakah kerajaan negeri Selangor akan menerima saranan MPSJ?
Dari sudut politik,tidak mungkin Kerajaan Selangor akan membuat pindaan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan dalam masa terdekat.Untuk kesegaran bahasa kepada saranan itu kerajaan Selangor dipercayai akan mengeluarkan kenyataan,bahawa saranan pindaan undang-undang kecil PBT akan dipertimbangkan.

Bagi rakyat Selangor beragama Islam saranan itu satu hal yang baik,namun bagi kerajaan negeri pastinya memerlukan masa panjang untuk merestui pindaan berikutan kuasa politik kerajaan Selangor hari ini dibentuk atas dasar perkongsian kuasa dengan beberapa logo parti.

PAS pastinya akan meminda undang-undang kecil PBT sekiranya parti itu memerintah Selangor selepas keputusan PRU14 yang dijangka berlaku pada Mac 2018 ,berikutan suara pemimpin PAS tidak mampu menyekat pertumbuhan rumah judi haram sejak 2008.

Sebab itulah PAS dilihat sebagai parti yang mampu goyang kuasa politik Selangor dan ditakuti DAP,PKR,PAN.

Dengan denda RM1,000 dan merampas mesin di permis judi serta menyitanya tidak akan memberi kesan positif sama sekali berikutan hasil keuntungan yang diperolehi perusahaan perjuadian haram sangat lumayan.

Ludahan kembali ke batang hidung
Kerajaan Selangor dan penyokong parti yang memerintah negeri itu perlu imbau kembali kepada siri kempen mereka sebelum dapat memerintah.

Bukankah? UMNO dicaci dicela begitu hebat berhubung penjualan arak di 7-Eleven malah kilang arak yang ada di Shah Alam juga mahu ditutup sebelum subuh.

Begitu juga dengan tuduhan terhadap UMNO sebagai pengembang maksiat dan segala macam tohmahan lagi.

Kitaran dunia pasti berlegar-legar dikalangan manusia itu sendiri,dan kini kitaran itu kembali kepada hidung orang-orang yang menganggap mereka lebih suci dan mampu mensucikan dengan pentadbiran telus mulus.Hakikatnya selama memerintah Selangor tiada pindaan undang-undang kecil PBT yang boleh menakutkan pemilik perusahaan judi haram.-Hot Kelate


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: PBT Tiada Kuasa Tutup Pusat Judi Haram Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam