Pembohongan Ketua Penerangan PPBM Berkaitan Pembinaan Keretapi Pantai Timur - Media Shah Alam Pembohongan Ketua Penerangan PPBM Berkaitan Pembinaan Keretapi Pantai Timur - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 31 Mac 2017

Pembohongan Ketua Penerangan PPBM Berkaitan Pembinaan Keretapi Pantai Timur

Kota Bharu:Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor (gambar) ketika menyampaikan ucapan beliau pada ceramah yang diadakan di Banggol Kulim,Rantau Panjang pada 17.3.2017 penuh dengan pembohongan.

Dalam ceramah itu beliau menyentuh kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)yang melibatkan kos RM55 bilion.

Kamarudin sebetulnya tidak tahu tetapi terpaksa bersikap kura-kura dalam perahu kerana beliau adalah ketua penerangan PPBM dan sebab itulah terpaksa merapu.

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang asalnya bermula dari Kuala Lumpur iaitu di terminal pengangkutan bersepadu (ITT) Gombak berakhir di Wakaf Bharu, dengan 23 stesen perhentian melibatkan tiga negeri.Pahang,Terengganu,Kelantan.

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur tidak berakhir di Wakaf Bharu sebaliknya ia disambung ke Pengkalan Kubor,manakala di Kuala Lumpur pula bermula dari Port Klang ke terminal pengangkutan bersepadu (ITT) Gombak yang melibatkan kos seperti yang diketahui umum.

Kos RM55 bilion bukan semata-mata untuk membina landasan,perhentian,beli Koc penumpang sebaliknya segala tanah yang terlibat dengan lalaun ECRL sekiranya ada pemilik ia sudah tentu dibayar pampasan.

Dalam ucapan itu,Kamarudin menyampaikan berita palsu dengan penjelasan salah,yang mana beliau cuba memburukan kerajaan dengan menyatakan kos asal pembinaan ECRL hanya RM30 bilion manakala RM25 bilion lagi masuk dalam poket.

Sepatutnya beliau menjelaskan pembinaan ECRL menyediakan perkhidmatan di semua pusat bandar utama di Pantai Timur, mempunyai 12 stesen penumpang, dua stesen kargo serta sembilan stesen penumpang dan kargo. Landasan ECRL direka kalis banjir dengan ketinggian landasan atas paras selamat banjir dan satu terowong pengangkutan terpanjang sejauh 18 kilometer dibina menghubungkan Bentong, Pahang dan Gombak,bukanya menyampaikan berita palsu.

Penambahan lalaun dari Port Klang dan Pengkalan Kubor pastinya kosjuga turut meningkat,oleh kerana kejahilan ketua penerangan PPBM beliau sanggup membohongi orang ramai.

Dalam ucapan itu beliau menggambarkan dirinya tidak pernah terlibat dengan perojek cari duit poket selama hampir 19 tahun sebagai ketua.(Beliau bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan)




Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Pembohongan Ketua Penerangan PPBM Berkaitan Pembinaan Keretapi Pantai Timur Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam