Perdana Menteri Hargai Bantuan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte - Media Shah Alam Perdana Menteri Hargai Bantuan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 31 Mac 2017

Perdana Menteri Hargai Bantuan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte

KUALA LUMPUR 30 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kerana banyak membantu membebaskan rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf sejak Julai tahun lalu.

Perdana Menteri menjelaskan, bantuan yang diberikan oleh rakan sejawatnya itu mencerminkan keakraban hubungan antara Filipina dengan Malaysia.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ang­katan Tentera Malaysia (ATM), pasukan tentera Filipina, Wisma Putra serta Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) yang telah berusaha membawa pulang mangsa culik ke pangkuan keluarga.

“Saya bagi pihak kerajaan, rak­yat Malaysia serta keluarga mangsa terlibat mengucapkan se­tinggi-tinggi terima kasih kepada Duterte kerana saya tahu misi melepaskan tebusan ini atas usaha beliau.

“Beliau mahukan pelepasan ini bersempena dengan sambutan hari kelahirannya baru-baru ini. Usaha ini merupakan tanda keakraban hubungan Filipina dan Malaysia, terima kasih Duterte,” kata beliau dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.

Terdahulu, Najib yang sedang bersiap untuk ke India tengah hari ini meluangkan masa me­nyambut tiga lagi rakyat Malaysia yang diculik lebih lapan bulan lalu oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di Sabah.

Perdana Menteri serta Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim beramah mesra kira-kira 40 minit dan mendengar pengalaman Fandy Bakran, 27; Mohd. Ridzuan Ismail, 33; dan Mohamad Jumadil Rahim, 24, sepanjang lapan bulan menjadi mangsa penculikan.

Pada Isnin lalu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut meluangkan masa bertemu dan mendengar sendiri pengalaman dua nelayan yang turut menjadi mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf iaitu Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63.

Berkenaan dengan keadaan tiga mangsa culik berkenaan, Najib memberitahu mereka akan dima­sukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dalam sehari dua dan sekiranya didapati tiada sebarang masalah, ketiga-tiga­nya dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Beliau juga berkata, mangsa-mangsa berkenaan ada menzahirkan hasrat mereka untuk menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Saya telah menghubungi Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) untuk mereka diberi tempat sebagai anggota Maritim Malaysia dan akan menjalani latihan dalam sedikit masa lagi.

“Mereka tunjukkan semangat, mereka tahu keadaan pulau-pulau di kawasan itu, jadi mahu sumbang kepada usaha kita tingkatkan keselamatan di Esszone,” jelas beliau.

-UTUSAN ONLINE


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Perdana Menteri Hargai Bantuan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam