Petronas Eksport LNG Terapung Pertama Di Dunia - Media Shah Alam Petronas Eksport LNG Terapung Pertama Di Dunia - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 31 Mac 2017

Petronas Eksport LNG Terapung Pertama Di Dunia

KUALA LUMPUR 30 Mac – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) bakal menjadi syarikat pengeluar minyak pertama di dunia mengeksport gas asli cecair (LNG) yang dihasilkan daripada unit pengeluaran terapung.

Menurut sumber terdekat dan data perkapalan dalam Thomson Reuters Eikon, usaha berkenaan bakal menewaskan pesaing-pesaing Petronas seperti Royal Dutch Shell plc. dalam usaha yang menyaksikan pemaju menelan belanja berbilion dolar Amerika Syarikat.

Katanya, fasiliti LNG Terapung Petronas Satu (PFLNG Satu) yang terletak pesisiran Bintulu sedang memuatkan LNG ke dalam kapal tangki LNG iaitu Seri Camellia yang berkapasiti 144,000 meter kubik.


“Ketika ini, PFLNG Satu sedang mengisi kapal tangki berkenaan yang dijangka berlepas dalam masa sehari dua, menjadikannya LNG pertama di dunia yang dihasilkan daripada platform terapung,” jelas sumber tersebut hari ini.

Data Eikon menunjukkan kapal tangki LNG telah tiba di PFLNG Satu Sabtu lalu dan telah mula mengisi kargo LNG. Pedagang yang rapat dengan perkara tersebut menjelaskan, kargo eksport pertama PFLNG Satu akan berlepas ke Korea Selatan.

Namun, Petronas enggan mengulas mengenai perkara berkenaan.

Fasiliti PFLNG Satu milik Petronas yang dibina di Okpo, Korea Selatan dianggarkan menelan belanja sehingga AS$10 bilion (RM44.20 bilion) tiba di perairan Bintulu tahun lalu untuk operasinya yang pertama.

Pengeluar minyak lain turut membangunkan fasiliti pengeluaran LNG terapung termasuk Royal Dutch Shell di mana LNG terapung Prelude miliknya bernilai lebih AS$12 bilion (RM53.05 bilion) membina kapal maritim terbesar dunia di Australia. Syarikat Inpex dari Jepun juga membina LNG terapung yang sama besar di Australia iaitu sebahagian daripada projek eksport bernilai AS$37 bilion (RM163.56 bilion).

Kedua-dua projek besar yang menelan belanja mahal tersebut mengalami kelewatan membolehkan Petronas menjadi syarikat pertama menghasilkan LNG daripada unit pengeluaran terapung. – agensi

Industri LNG melalui perubahan besar setelah bekalan baharu menyebabkan kebanjiran bekalan dalam pasaran dengan kebanyakannya hadir dari Australia dan Amerika Syarikat.

Menurut Penganalisis Huluan Kanan Pakar Perundingan Wood Mackenzie, Prasanth Kakaraparth, kemajuan projek PFLNG Satu meningkatkan kredibiliti Petronas sebagai syarikat yang mampu membina dan melaksanakan projek berteknologi tinggi.

“Petronas kini telah menyertai kelab elit hebat sebagai pemain global melalui keupayaan PFLNG, namun dengan trend harga di bawah AS$5 per milion British thermal units (mmBtu) (RM22.10/mmBtu) menjadikan persekitaran sukar untuk membawa bekalan baharu,” katanya. - AGENSI





Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Petronas Eksport LNG Terapung Pertama Di Dunia Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam