Plot Mahu Bunuh PM Dibongkar - Media Shah Alam Plot Mahu Bunuh PM Dibongkar - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Sabtu, 25 Mac 2017

Plot Mahu Bunuh PM Dibongkar

BANGKOK - THAILAND. Pihak berkuasa Thailand kelmarin memaklumkan berjaya membongkar plot untuk membunuh Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha.

Ketua Polis, Jakthip Chaijinda berkata, penemuan bekalan senjata termasuk puluhan senapang dan bom tangan itu dibuat di rumah pemimpin kumpulan Baju Merah, Wuthipong Kochathamakun yang telah melarikan diri sejak insiden rampasan kuasa pada 2014.

"Sembilan individu dipercayai ada kaitan rampasan senjata itu turut diberkas. Kami percaya kesemua senjata bukan diguna untuk memburu, tetapi membunuh pemimpin negara ini," katanya merujuk kepada Prayuth.

Jelasnya lagi, Wuthipong dan rangkaiannya secara terang menentang junta tentera dan kumpulan itu juga pernah meramalkan pembunuhan perdana menteri terbabit di media sosial.

Hasil siasatan awal polis mendapati kumpulan antijunta tersebut merancang serangan hendap jika pihak berkuasa meneruskan operasi menyasarkan kuil Buddha yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Thaksin Shinawatra yang merupakan abang kepada bekas Perdana Menteri, Yingluck yang digulingkan kira-kira tiga tahun lalu.

Junta tentera dalam kenyataan menunjukkan kumpulan itu cuba mewujudkan ketidakstabilan di negara tersebut. - Reuters


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Plot Mahu Bunuh PM Dibongkar Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam