PTPTN Buka Kaunter Kutip Hutang di KLIA Takut Peminjam Masuk Neraka - Media Shah Alam

Header Ads

PTPTN Buka Kaunter Kutip Hutang di KLIA Takut Peminjam Masuk Neraka

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

TUDUHAN kerajaan gagal memahami isu sebenar dihadapi peminjam yang tidak membayar pinjaman hutang mereka seumpama menggalakan peminjam supaya tidak bayar hutang.

Kenyataan demi kenyataan pembangkang menggambarkan punca sebenar peminjam PTPTN gagal bayar hutang berpunca dari kerajaan.

Terkini Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sepatutnya sedia maklum isu itu berpunca daripada kegagalan perancangan dan pelaksanaan dasar skim pinjaman pendidikan khususnya bagi memastikan peminjam membayar semula pinjaman mereka.

Sepatutnya Fahmi Fadzil teliti sebelum berkata supaya nampak lebih cerdik daripada masyarakat zaman purba.

Tujuan PTPTN membuka kaunter bayaran pinjaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 bagi memudahkan mereka yang berkaitan membayar pinjaman dengan kadar segera supaya tidak dihalang berlepas kelokasi luar semenanjung/negara,ertinya selepas bayar terus boleh terbang.

Mereka yang culas bayar pinjaman sebahagian besarnya mereka yang mampu,kalau tidak mampu tidak mungkin pula keluar negara dengan perbelanjaan bukan bernilai RM20.

Kebanyakan daripada peminjam mampu bayar bulan motorsikal RM250,malah ada pula mampu bayar kereta RM450,tetapi tak mampu untuk bayar pinjaman PTPTN serendah RM100 hingga RM200 setiap bulan.

Langkah membuka kaunter pinjaman PTPTN di KLIA 2 bukan satu langkah drastik dan terdesak kerajaan,sebaliknya bagi memudahkan mereka yang melakukan perjalanan keluar negara berurusan,yang tak mampu baik duduk diam-diam dirumah.

Satu pekara lagi yang pembangkang perlu tahu agar nampak lebih cerdik daripada kaldai pembawa kitab,peminjam yang tidak mampu membayar pinjaman PTPTN tidak akan keluar dari semenanjung/negara untuk melihat toys mata yang tidak menguntungkan.

5 anak saudara penulis kesemuanya buat pinjaman PTPTN,malah bersyukur kepada Allah kerana dengan adanya pinjaman PTPTN mereka mampu meneruskan pelajaran dan kini kelima-lima mereka membayar pinjaman dengan kadar RM150 hingga RM200 setiap bulan.

753,000 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran tidak akan lepas dari tanggung hukuman daripada sang pencipta alam semesta,kecuali mereka yang benar-benar tidak mampu.

Selain daripada memudahkan urusan,pembukaan kaunter PTPTN di KLIA 2 juga sebenarnya untuk mengelakan peminjaman daripada seksaan api neraka kerana hutang wajib bayar.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.