Ramai Wanita Tuntut Penceraian - Media Shah Alam Ramai Wanita Tuntut Penceraian - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 16 Mac 2017

Ramai Wanita Tuntut Penceraian

BATAM (Indonesia) - Kes perceraian di kota Batam setahun lalu kebanyakannya dimohon oleh sang isteri, lapor laman Tribun Batam hari ini.

Menurut perangkaan yang didapatkan dari Pejabat Pengadilan Agama kota Batam, daripada 1,954 kes yang ditanganinya, 90 peratus atau 1,841 kes melibatkan perceraian.


Menurut Cik Ifda Tanjung, selaku pegawai Hubungan Masyarakat bagi Pejabat Pengadilan Agama Kota Batam, sebahagian besar tuntutan cerai ini dilakukan kaum wanita, sedang kes cerai melibatkan tuntutan sang suami adalah kecil, menurut nisbah 1:4.

Menyentuh tentang punca perceraian, Cik Ifda berkata, ia didorong faktor ekonomi dan pihak ketiga.

"Memang paling banyak didominasi faktor ekonomi, selain itu pihak ketiga atau perselingkuhan menempati posisi kedua", katanya yang ditukil akhbar itu.

"Faktor ekonomi kebanyakan kerana si isteri yang banyak mengajukan cerai gugat berasa tidak dinafkahi kerana suaminya tidak bekerja atau bahkan ada yang kabur", terangnya. - Tribun Batam


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Ramai Wanita Tuntut Penceraian Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam