RM10,000 tulis artikel berkenaan Kit Siang - Media Shah Alam RM10,000 tulis artikel berkenaan Kit Siang - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 23 Mac 2017

RM10,000 tulis artikel berkenaan Kit Siang

RM10,000 tulis artikel berkenaan Kit Siang Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media di Bilik Media Parlimen. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - Wang tunai berjumlah RM10,000 menanti mereka yang berjaya memenangi pertandingan menulis artikel bertajuk "Lim Kit Siang rasis, anti Islam, 51 tahun diktator, adakah benar?"

Tawaran ini diberikan oleh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, rentetan daripada perang mulut di antara Ketua Parlimen DAP itu dengan beliau, berhubung dakwaan Kit Siang yang menggelarnya sebagai 'bapa segala rasis'.

"Hadiahkan kepada siapa yang berjaya membuat penulisan mengenai tajuk itu.

"Pertandingan ini terbuka sehingga akhir bulan Mei ini, saya akan beri hadiah istimewa kerana akan bantu saya mendapatkan fakta lanjut, mungkin hadiah RM10,000 Insya-ALLAH saya cari duit itu," katanya di Parlimen di sini hari ini.

Katanya lagi, pertandingan itu terbuka kepada umum.

"Penyertaan itu boleh dihantar ke Pejabat Penerangan Umno," katanya lagi.

Semalam Kit Siang berkata, beliau juga sedia untuk disaman Annuar berhubung isu bersabit gelaran rasis.

"Di luar Parlimen, saya gelar dia 'bapa segala rasis', memalukan Islam dan dia boleh saman saya. Itu cabaran saya (terhadap Annuar).

"Kalau dia rasa ini satu fitnah, boleh ambil tindakan udang-undang terhadap saya. Mengenai apa yang dia kata kepada saya, biar peguam saya yang uruskan. Saya terima dia mahu saman saya jadi dia boleh buat demikian," katanya dalam sidang media hari ini.

Annuar sebelum ini mencabar Kit Siang untuk mengemukakan saman terhadapnya.

-Sinar Harian


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: RM10,000 tulis artikel berkenaan Kit Siang Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam