Rogol dan Curi Meningkat di Tanah Merah Kelantan - Media Shah Alam

Header Ads

Rogol dan Curi Meningkat di Tanah Merah Kelantan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

TANAH MERAH - Dua kes jenayah iaitu rogol dan curi motosikal di daerah ini mencatatkan peningkatan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, bagi kes curi motosikal, peningkatan sebanyak 10 kes direkodkan iaitu kepada 47 kes pada tahun ini daripada 37 kes pada tahun lalu.

Menurutnya, kes rogol pula bertambah sebanyak empat kes dalam tempoh tersebut iaitu daripada tiga kes pada tahun lalu kepada tujuh kes pada tahun ini.

"Seluruh Kelantan, kes jenayah menurun, tetapi daerah Tanah Merah, ada sedikit kenaikan dalam tempoh tiga bulan pertama berbanding tahun lepas melibatkan kes rogol dan curi motosikal.

"Walaupun kenaikan di Tanah Merah tak banyak tapi merupakan kenaikan tertinggi berbanding daerah lain," katanya kepada pemberita pada program imarah masjid sempena sambutan Hari Polis ke-210 di Masjid Ismail Petra Tanah Merah, hari ini.

Sempena program itu, Din menyampaikan khutbah Jumaat bertajuk Integriti Melonjak Kualiti Hidup, bertemu mata dengan jawatan kuasa pengurusan masjid dan bersama ahli jemaah pada jamuan rakyat.

Din berkata, walaupun ada peningkatan, beliau yakin program dilaksanakan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad termasuk aktiviti turun padang mampu menurunkan kadar jenayah.

"Bagi seluruh negeri, kes jenayah menunjukkan penurunan sebanyak 13.53 peratus bersamaan dengan 105 kes sepanjang tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Saya harap pada akhir 2017 ini, semua daerah di negeri ini mampu menurunkan kadar jenayah dengan segala usaha yang kita buat dan salah satunya melalui program turun padang," katanya

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.