Rumah Panjang Terbakar 15 Hilang - Media Shah Alam

Header Ads

Rumah Panjang Terbakar 15 Hilang

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

BATANG SADONG 30 Mac - Seramai 91 orang daripada 15 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Rumah Panjang Kampung Sekendu, Simunjan di sini, musnah terbakar malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan diketuai Ahmad Soot dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 11.45 malam.

Beliau berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian terletak 4 kilometer dari balai dalam tempoh 6 minit kemudian mendapati kebakaran telah memusnahkan sebuah blok bangunan rumah panjang mempunyai enam pintu.

“Api yang sedang marak turut merebak memusnahkan lima kediaman berasingan yang terletak berhampiran rumah panjang berkenaan

“Kebakaran telah memusnahkan 100 peratus kediaman berkenaan menyebabkan 91 orang daripada 15 keluarga tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Beliau berkata, dalam keadaan cemas dan kelam-kabut menyelamatkan diri, seorang penghuni lelaki berusia 40 tahun dilaporkan cedera akibat terjatuh dan mangsa sudah dihantar oleh ambulans ke Hospital Simunjan untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam insiden itu masih dalam siasatan.-UTUSAN ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.