RUU 355: Bukan sahaja PAS, BN pun sama “gelojoh” – Mahfuz - Media Shah Alam RUU 355: Bukan sahaja PAS, BN pun sama “gelojoh” – Mahfuz - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 30 Mac 2017

RUU 355: Bukan sahaja PAS, BN pun sama “gelojoh” – Mahfuz

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Usul bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 tidak sepatutnya dibawa sebagai usul persendirian.

Menurut Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, keputusan untuk membawa usul ini secara persendirian adalah bukti “politik gelojoh” PAS dan Barisan Nasional (BN).

“Sepatutnya usul ini bukan dibawa secara persendirian sepatutnya kerajaan yang bawa.

“Maknanya cara kita bawa tak cermat. Bukan sahaja PAS, kerajaan pun sama gelojoh,” kata Mahfuz kepada pemberita dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Kerajaan tidak akan membentangkan Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tegas Mahfuz lagi, perkara ini tidak akan berlaku sekiranya PAS dan juga Barisan Nasional (BN) mematuhi ‘roadmap’ yang telah ditetapkan jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat bersama dengan kerajaan negeri Kelantan satu ketika dahulu.

“Jawatankuasa teknikal ini telah ditubuhkan sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi merupakan Timbalan Perdana Menteri lagi.

“Bagi saya, akibat daripada tak ikut roadmap inilah, keadaan jadi bercelaru.

“Sebelum ini RUU dipinda dan diterima tetapi kenapa sekarang tak? Sebab tak ikut jawatankuasa teknikal.

“Pada saya, ini adalah satu tindakan politik gelojoh dengan membawa RUU tanpa menghormati jawatankuasa teknikal,” ujarnya

Walaubagaimanapun, beliau yang merupakan bekas Ketua Penerangan PAS itu menegaskan beliau sejak dari awal lagi menyokong langkah yang diambil oleh PAS ini.

Tetapi, beliau yakin usul persendirian Hadi ini tidak akan dibahaskan di dalam Dewan Rakyat kali ini.

“Saya kesal kerana kerajaan tidak ambil serius dalam hal ini.

“Saya tak fikir menteri yang mewakili PM akan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Marang (Hadi) untuk bawa usul ini ke Parlimen.

“Kalau menteri beri laluan, sudah tentu ini bercanggah dgn konsensus yg diumumkan oleh PM malam tadi,” jelasnya.


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: RUU 355: Bukan sahaja PAS, BN pun sama “gelojoh” – Mahfuz Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam