Siasat Raja Bomoh walau ikut cara Islam, kata menteri - Media Shah Alam

Header Ads

Siasat Raja Bomoh walau ikut cara Islam, kata menteri

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

MELAKA, 22 Mac — Ibrahim Mat Zin, popular dengan panggilan Raja Bomoh masih belum terkeluar dari garis panduan perubatan Islam, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata tindakan Ibrahim itu perlu disiasat selepas ia menjadi tular di media sosial, lapor Utusan Malaysia.

“Kita bagaimanapun tidak cakap yang raja bomoh itu terkeluar daripada garis panduan perubatan Islam seperti didakwanya, namun kita perlu menyiasat terlebih dahulu.

“Sekiranya kenyataan diberi tidak mengikut undang-undang, maka itu menjadi satu kesalahan dan kita akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Raja Bomoh kecoh dengan video upacara ‘memagarkan’ negara selepas kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un iaitu Kim Jong-nam.

Ibrahim, 86 dilapor akhbar Singapura The Sunday Times mahu melindungi Malaysia daripada serangan Korea Utara.

“Kita tiada senjata canggih seperti Korea. Jika kita lawan dengan senjata kita kalah.

“Tetapi kita guna cara lama dengan memagar udara, tanah dan air, peluru berpandu tidak akan sampai ke Malaysia,” dia dilapor berkata.

Ibrahim kini diburu polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas melakukan upacara perbomohan di pantai Ahad minggu lalu.

Bagaimanapun, Jamil Khir nafi membenarkan perbuatan raja bomoh tersebut dan kecewa kenyataannya diputar belit media.

“Dalam masyarakat orang kampung, pakar urut dan perubatan tradisional itu juga dipanggil bomoh dan ia dibenarkan kerana tidak melanggar undang-undang Islam.

“Kena fahamlah, jangan putar belit kenyataan cakap saya benarkan perbuatan seperti raja bomoh ini pula.

“Itu tidak benar,” kata Jamil kepada akhbar milik Umno.
-Malay Mail


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.