Suspek Remaja Pencuri Motorsikal Ditahan - Media Shah Alam

Header Ads

Suspek Remaja Pencuri Motorsikal Ditahan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Kuala Terengganu: Polis menahan tiga suspek curi motosikal termasuk pelajar tingkatan empat di sekitar daerah ini.

Tiga suspek berusia 16 hingga 18 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Batu Rakit pada 10 dan 12 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Suffian Sulaiman berkata, pihaknya merampas sebuah Honda C70, tiga rangka motosikal dan beberapa komponen lain.

Beliau berkata, kumpulan yang aktif sejak Jun tahun lalu dikatakan menjadikan sebuah rumah milik seorang suspek di Kampung Tanjung, Batu Rakit sebagai markas meleraikan komponen motosikal.

“Komponen dileraikan dibuang dalam telaga lama dan sungai berhampiran.

“Siasatan mendapati kumpulan ini melakukan enam kes curi motosikal di daerah ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan bermotosikal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, tadi.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.