TDM Mampu Hadapai Sebarang Ancaman - Media Shah Alam TDM Mampu Hadapai Sebarang Ancaman - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 1 Mac 2017

TDM Mampu Hadapai Sebarang Ancaman

PORT DICKSON – Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) memiliki kemampuan menghadapi ancaman senjata nuklear, biologi dan kimia menerusi Batalion Siap Sedia Tentera Darat, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Sri Zulkiple Kassim.

Katanya, batalion itu yang dilengkapi kemahiran dan logistik yang mampu beroperasi dalam suasana dicemari radioaktif ditubuhkan bagi berkhidmat di bawah misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Wakil PBB datang untuk membuat pemeriksaan terhadap peralatan dan kesiagaan kita untuk berkhidmat dan mereka berpuas hati.

“Pasukan ini diterima PBB serta layak diatur gerak ke luar negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perbarisan dan menyampaikan perutusan sempena Hari Tentera Darat ke-84 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi. – Bernama


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: TDM Mampu Hadapai Sebarang Ancaman Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam