Tikus Jadi Penagih Dadah - Media Shah Alam

Header Ads

Tikus Jadi Penagih Dadah

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

MUMBAI 22 Mac - Misteri kehilangan sejumlah besar dadah jenis marijuana secara tiba-tiba dalam sebuah stor keretapi di Nagpur, barat Maharashtra, India akhirnya terungkai selepas pihak berkuasa mendapati ‘tikus’ bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

Kebanyakan barang-barang rampasan di kawasan Mumbai akan diletakan dalam stor tersebut sehingga mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk dimusnahkan yang kadang-kadang mengambil masa bertahun.

Seorang pegawai tinggi polis keretapi, Abhay Panhekar berkata, pihaknya mendapati tikus-tikus itu seringkali menyelinap masuk sebelum bertindak memusnahkan barang-barang seperti botol alkohol dan juga marijuana yang dibungkus dengan kertas.


“Tikus adalah antara masalah utama kami, mereka akan makan apa sahaja termasuk kertas yang digunakan untuk membungkus marijuana ini,” katanya.

Akhbar tabloid Mumbai Mirror melaporkan, sekurang-kurangnya 25 kilo dadah telah hilang secara misteri, ini juga termasuk 25 beg plastik mengandungi botol alkohol. - AFP

-UTUSAN ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.