Tok Lebai Pas Selangor Minta Azmin Jelaskan Niatnya - Media Shah Alam Tok Lebai Pas Selangor Minta Azmin Jelaskan Niatnya - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 30 Mac 2017

Tok Lebai Pas Selangor Minta Azmin Jelaskan Niatnya

Pas Selangor menuntut Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan penjelasan, selepas Menteri Besar itu sekali lagi dilihat 'membelasah' kepemimpinan Pas ketika berucap dalam sebuah majlis anjuran PKR, yang videonya kini tular di media sosial.

Setiausahanya, Mohd. Khai­rud­din Othman berkata, penjelasan adalah perlu bagi memboleh­kan Pas Selangor mengetahui maksud sebenar Mohamed Azmin dalam memperlekehkan perangai 'tok lebai' susulan perang mulut dengan kepemimpinan parti itu ditujukan kepada siapa.

“Kita (Pas Selangor) tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Mohamed Azmin di sebalik kenyata­annya itu, jadi kita akan minta penjelasan daripada beliau. Siapa yang dia nak rujuk sebenarnya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Sejak semalam, video ucapan Mohamed Azmin yang memperlekehkan 'tok lebai' berpera­ngai hodoh dipercayai ditujukan kepada pemimpin Pas tersebar dan kenyataan tersebut susulan kepada sindiran sinisnya kepada Ketua Pemuda Pas, Nik Moha­mad Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam ucapannya itu juga, Timbalan Presiden PKR tersebut mendakwa, beliau tersinggung apabila pemimpin Pas membuat kenyataan terbuka mahu meram­pas Selangor yang kini ditadbir PKR.

Diminta mengulas lanjut ke­nyataan dibuat Mohamed Azmin itu, Mohd. Khairuddin berkata, Menteri Besar perlu mengelak daripada membuat kenyata­an terbuka kerana dibimbangi pemahaman rakyat berbeza de­ngan niat sebenar yang hendak disampaikan.

Menyentuh mengenai masa depan hubungan Pas dengan PKR pula, beliau mengulangi pendirian bahawa sebarang keputusan mengenainya hanya boleh dibuat dalam muktamar parti itu yang akan berlangsung pada April ini.

Menurutnya, usul memutuskan hubungan Pas dengan PKR masih belum dimuktamadkan dan setakat ini, hanya empat Dewan Pemuda Pas kawasan meluluskan usul itu daripada 22 Pas kawasan di seluruh Selangor.

“Bagaimanapun, sebarang ca­dangan mengenai kedudukan hubungan Pas dan PKR di Sela­ngor ini, eloklah dapatkan pandangan pimpinan Pas di Selangor terlebih dahulu. Kita ada data kawasan mana yang boleh ma­suk (menang) dan kawasan mana kita tak boleh masuk,” ujarnya.




Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Tok Lebai Pas Selangor Minta Azmin Jelaskan Niatnya Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam