Wanita Disamun Ketika Mengaji Quran Dirumah Ustazah - Media Shah Alam Wanita Disamun Ketika Mengaji Quran Dirumah Ustazah - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 30 Mac 2017

Wanita Disamun Ketika Mengaji Quran Dirumah Ustazah

BATANG KALI, 30 Mac ― Sekumpulan wanita disamun, termasuk leher diacu parang dan tudung mereka diselak, ketika mengaji al-Quran di rumah ustazah mereka.

Dalam kejadian pagi semalam di Taman Seri Batang Kali, seorang melecet pergelangan tangan sewaktu gelangnya direntap, lapor Sinar Harian.

Jiran ustazah itu pula luka di jari, sehingga menerima sembilan jahitan, sewaktu menahan serangan parang penjenayah yang datang dengan tiga motosikal.

Lapan wanita itu, dalam lingkungan usia 50-an, diserang empat suspek ketika mengaji di ruang luar rumah kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

“Semua lelaki itu pakai topi keledar dan letak parang di leher kami,” kata seorang mangsa, Rohani Abdullah, 53.

“Mak cik lari sampai terjatuh di dapur...dia (suspek) selak tudung mak cik dan cakap...’kalau nak hidup, tak mahu mati, bagi barang kemas’,”

Norasiah Hassanuddin, 52, yang tidak sempat lari akibat tergamam diugut dengan parang di leher, mengalami kecederaan.

“Dia selak kain tudung dan rentap gelang di tangan dengan kasar sampai pergelangan tangan melecet,” katanya kepada akhbar itu.

Pintu rumah Noraini Mohamad Khairuddin, 55, jiran ustazah tersebut, pula ditendang sampai terbuka dan beliau ditarik keluar dengan diacu parang.

“Apabila dia macam nak tetak, mak cik tahan dengan tangan,” ceritanya.

“Itu yang luka di jari sampai kena sembilan jahitan tapi dia sempat rentap rantai kat leher mak cik.”

Anaknya Badrul Hisyam Alimin, 31, bergelut dengan penyamun demi menyelamatkan wanita tersebut tetapi tiga lagi suspek keluar dari rumah jiran.

Empat suspek lelaki itu melarikan diri dengan motosikal. Jumlah kerugian dianggarkan RM15,000, kata ketua polis daerah Supt. R Supramaniam.


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Wanita Disamun Ketika Mengaji Quran Dirumah Ustazah Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam