Yang di Pertuan Agong Rasmi Masjid Sultan Muhammad V - Media Shah Alam Yang di Pertuan Agong Rasmi Masjid Sultan Muhammad V - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 3 Mac 2017

Yang di Pertuan Agong Rasmi Masjid Sultan Muhammad V

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, mencemar duli ke Kompleks Penjara Sungai Udang di sini, bagi menunaikan solat Jumaat bersama lebih 3,000 jemaah.

Baginda yang tiba kira-kira jam 1.15 tengah hari turut berkenan merasmikan Masjid Sultan Muhammad V di sini, bersempena dengan nama baginda.

Seri Paduka kemudian menandatangani plak perasmian seterusnya memasuki perkarangan masjid diiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, sebelum menyertai ribuan jemaah untuk menunaikan solat jumaat.

Selesai solat jumaat, baginda mencemar duli menyertai Majlis Santapan Rakyat di perkarangan masjid.

Masjid Sultan Muhammad V di perkarangan Kompleks Penjara Sungai Udang mula dibina pada 19 September 2005 dan siap sepenuhnya pada 4 Januari 2010.

Masjid berharga RM305 juta itu merangkumi dua aras utama dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk jemaah serta pengunjung.

Seri Paduka berkenan memilih Melaka sebagai negeri pertama lawatan rasmi baginda selama tiga hari sehingga esok, sejak pelantikan baginda pada 13 Disember lalu.-Berita Harian Online


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Yang di Pertuan Agong Rasmi Masjid Sultan Muhammad V Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam