10 Kawasan Di Pulau Pinang Alami Banjir - Media Shah Alam

Header Ads

10 Kawasan Di Pulau Pinang Alami Banjir

GEORGE TOWN: Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air selepas hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak pukul 7 malam Sabtu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, antara kawasan yang terlibat adalah, Lorong Batu Lanchang, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Taman Free School, Jalan Bukit Relau, Sungai Ara, Paya Terubong, Greenlane, Jalan Masjid Negeri, Sungai Nibong, Bukit Jambul dan Farlim.
Katanya, keadaan banjir kilat ini turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama.
"Namun sehingga kini tiada laporan kemusnahan harta-benda atau kemalangan jiwa diterima berikutan bencana tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.-mStar

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.