AirAsia Bentuk JV Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Di Vietnam - Media Shah Alam AirAsia Bentuk JV Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Di Vietnam - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Sabtu, 1 April 2017

AirAsia Bentuk JV Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Di Vietnam

KUALA LUMPUR: AirAsia Investment Limited, unit AirAsia Bhd membentuk usaha sama (JV) dengan Gumin Company Ltd dan seorang individu, Tran Trong Kien bagi penubuhan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah di Vietnam.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Jumaat, AirAsia berkata syarikat usaha sama itu, Hai Au Aviation Joint Stock Company yang memiliki modal berbayar RM19.4 juta, pada masa ini turut mengendalikan sebuah syarikat perniagaan penerbangan am di Vietnam.

AirAsia Investment memiliki kepentingan 30 peratus dalam syarikat JV berkenaan manakala Gumin memegang 69.9 peratus dan Tran Trong Kien memiliki baki saham yang lain.

"JV itu memerlukan pembiayaan modal sebanyak RM194 juta dan AirAsia akan menyumbang bahagiannya sebanyak RM58.2 juta (untuk 30 peratus) yang akan dikumpulkan secara dalaman.
"Syarikat JV yang tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, dijangka memulakan operasinya menjelang awal 2018," kata AirAsia.

Langkah itu akan menawarkan potensi besar untuk pertumbuhan di Vietnam berdasarkan jumlah penduduknya sebanyak 95 juta orang.

Syarikat penerbangan itu berkata, bilangan penduduk kelas pertengahannya juga dijangka mewakili 23 peratus daripada jumlah penduduk menjelang 2020 yang akan memacu pertumbuhan pengangkutan udara negara itu.-- Bernama




Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: AirAsia Bentuk JV Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Di Vietnam Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam