Ambil Tindakan Kerana Arah Buka Baju Calon Peramugari - Media Shah Alam Ambil Tindakan Kerana Arah Buka Baju Calon Peramugari - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 5 April 2017

Ambil Tindakan Kerana Arah Buka Baju Calon Peramugari

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud meminta agar sebuah syarikat penerbangan diambil tindakan segera oleh pihak berwajib berikutan kes membuka baju semasa sesi temuduga terbuka mereka.

Menurutnya, perkara ini amat mengaibkan dan menghina kaum wanita khususnya mereka yang bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari.

"Saya menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Sumber Manusia perlu mengambil tindakan segera dengan memberi amaran kepada pihak tersebut.

"Selain itu, menggantung lesen operasi syarikat itu sebagai satu pengajaran yang tegas," katanya dalam satu sidang media di bilik Media Parlimen, hari ini.


Sebelum ini, media tempatan melaporkan syarikat penerbangan tersebut menyuruh wanita membuka baju mereka sebagai syarat semasa temuduga terbuka syarikat tersebut.

Alasan yang diberikan adalah untuk memeriksa bahagian badan wanita jika ada sebarang parut, tatu dan lain-lain.

Syarikat itu bagaimanapun mendakwa apa yang dilakukan itu adalah prosedur biasa dalam proses temuduga bagi jawatan itu namun perkara tersebut dinafikan oleh syarikat penerbangan lain dalam negara ini.

Tambahnya lagi, beliau juga mengharapkan agar wanita tidak menjatuhkan maruah mereka sewenang-wenangnya hanya kerana mendapat satu pekerjaan.

"Tidak perlu hilang maruah kerana pekerjaan dan wanita diharapkan tidak bertoleransi dengan perkara sebegini.

"Saya juga mengharapkan agar syarikat berkenaan menghentikan cara temuduga seperti ini yang jelas mengaibkan wanita," katanya lagi.-SINAR HARIAN

Note-Gambar hanya hiasan


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Ambil Tindakan Kerana Arah Buka Baju Calon Peramugari Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam