Angkut Rakyat Pergi Shopping Boleh,Angkut Pergi Daftar Pemilih Tak Boleh - Media Shah Alam

Header Ads

Angkut Rakyat Pergi Shopping Boleh,Angkut Pergi Daftar Pemilih Tak Boleh

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

MENYEDARI hakikat sukar menawan Putrajaya pada PRU14 nanti pembangkang galak memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)agar daftar pemilih secara automatik dibenarkan atas alasan lebih 4 juta rakyat Malaysia belum berbuat demikian.

Sebelum ini hangat diperkatakan jutaan jari palsu dibawa masuk untuk PRU14,namun tuduhan tidak masuk akal itu dapat dipatahkan segera oleh para blogger dan facebooker pro Barisan Nasional.

Hari ini Selangorkini melaporkan pada tajuk"Buang cara ‘kuno’, reformasikan sistem daftar pengundi'' dari kenyataan YB Rodziah Ismail ADUN Batu Tiga dari PKR yang khabarnya tidak akan dipilih untuk dicalonkan pada PRU14 nanti berikutan khidmatnya pada masyarakat semakin merosok.

Rodziah dengan kadar emosi terjaga dan kadang-kadang pertunjuk emosinya agak tinggi melahirkan buah fikiran yang jelas menggambarkan satu kebimbangan sedang meresapi Pakatan Harapan.

Suara bimbang itu boleh diukur secara logik jika dikira dengan beberapa PRU lepas yang tidak memberi hasil pulangan menakjubkan walaupun majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan,yang mereka pasarkan pada rakyat hanya undi popular.

Akhirnya Pakatan Harapan melalui suara ADUN Batu Tiga mencari kezahiran terpendam dengan berlandaskan negara demokrasi sambil mencontohi negara maju lain.

Kata Rodziah,Realiti yang perlu diterima SPR ialah, kebanyakan rakyat Malaysia yang belum berdaftar disebabkan kekangan dan masalah yang dihadapi mereka apabila SPR masih menggunakan sistem yang boleh dianggap ‘kuno’.

Sistem yang kuno atau pemikiran ADUN Batu Tiga yang kuno?
Rakyat Malaysia agak terkenal dengan sikap suka ambil cuti dan ada setengahnya suka poteng kerja dan ada juga sanggup beli sijil sakit palsu,jadi apa salahnya jika mohon cuti satu hari dengan alasan untuk daftar pemilih,rasanya majikan dapat pertimbangkan.

Kiranya ada lagi alasan daripada Pakatan Harapan,tidak salah rasanya ADUN Batu Tiga yang galak menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) melaksanakan sistem pendaftaran pengundi automatik buat satu program khas berkaitan daftar pemilih dengan menghimpunkan masyarakat sekitar Shah Alam dan bawa mereka ke Pejabat Pos bagi tujuan melakukan daftar pemilih.

Selama ini ADUN Batu Tiga dan lain-lain dari kerajaan negeri Selangor galak menganjurkan program Jom Shopping dengan modal RM100 ,malah sanggup pula menyediakan bas.

Namun,berkaitan dengan pendaftaran pemilih semua ADUN PKR,DAP,PAS tak sanggup pula untuk angkut rakyat yang belum daftar pemilih bawa kepejabat POS,malah  berpakat memberi tekanan kepada SPR.

AHAD-2/3/2017-11:40AM-RESPECTMYPM
VIATELEFON


Baca dari ADUN Batu Tiga(Dibawah)
Lambakan lebih empat juta pengundi yang masih belum mendaftar sebagai pemilih akan selesai sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) melaksanakan sistem pendaftaran pengundi automatik dengan kadar segera.

Langkah ini selaras dengan amalan demokrasi yang makin berkembang seperti mana diamalkan oleh negara-negara maju di dunia hari ini.

Realiti yang perlu diterima SPR ialah, kebanyakan rakyat Malaysia yang belum berdaftar disebabkan kekangan dan masalah yang dihadapi mereka apabila SPR masih menggunakan sistem yang boleh dianggap ‘kuno’.

Ramai di antara mereka belum mendaftar kerana kesuntukan masa ekoran sibuk bekerja terutamanya apabila terpaksa ke pejabat pos, mengisi borang dan sebagainya.

Saya juga lihat pelbagai masalah yang timbul dengan sistem sedia ada ini seperti borang daftar pemilih yang tidak mencukupi.

Baru-baru ini, dua Adun DAP ke pejabat SPR Selangor untuk mendapatkan 1,000 borang daftar pemilih supaya dapat diedarkan ke beberapa kawasan di seluruh negeri itu, malangnya, pegawai yang bertugas nyatakan pejabat SPR negeri hanya boleh memberikan sebanyak 500 borang sahaja, yang ternyata sama sekali tidak mencukupi.

Malah, sistem manual ini juga sudah tidak efisyen lagi untuk digunakan dengan kos yang tinggi untuk promosi, insentif daftar undi, dan lain-lain. Lebih baik wang yang digunakan untuk tujuan itu dilaburkan kepada perkara lain.

Sekiranya kerajaan dan SPR lihat isu ketiadaan saksi jadi penghalang kepada daftar undi automatik ini, saya cadangkan untuk wujudkan pindaan akta yang membolehkan rakyat Malaysia mengisi borang daftar undi semasa membuat kad pengenalan ketika umur 18 hingga 20 tahun di Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).

Apabila umur mereka mencecah 21 tahun, nama terus diaktifkan sebagai pengundi dalam sistem dan pegawai JPN serta pengawai pendaftar jadi saksi. Itu lebih mudah dan semua rakyat akan daftar sebagai pengundi.

SPR juga saya perhatikan gagal untuk untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendaftar undi. Sepatutnya SPR boleh mempromosikan atau menjalankan kempen daftar undi dengan menampal poster di pejabat-pejabat POS, menggunakan media utama untuk menarik rakyat tetapi apa yang berlaku saya lihat Jawatankuasa BERSIH 2.0 yang telah menggalas tugas tersebut. Saya sangat berterima kasih dengan usaha pihak Bersih itu.

Saya agak terkilan juga kerana ramai rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar undi ini adalah di kalangan belia berumur 35 ke bawah. Persoalan yang timbul ialah apakah faktor ini disebabkan kegagalan pendidikan kewarganegaraan di negara ini?

Jika jawapannya ‘ya’ maka pihak SPR dan Kementerian Pendidikan seharusnya mendidik belia untuk mengundi dan perlu tekankan kepentingan mengundi ini di dalam subjek Sejarah agar kesedaran itu timbul sejak dari bangku sekolah lagi.

* YB Rodziah Ismail adalah ADUN Batu Tiga, Parti Keadilan Rakyat

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.