Argentina Pilih Sampaoli - Media Shah Alam

Header Ads

Argentina Pilih Sampaoli

JURULATIH Sevilla, Jorge Sampaoli menjadi pilihan utama Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) bagi menguruskan skuad kebangsaan negara itu mengharungi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018.
Presiden AFA, Claudio Tapia mengesahkan perkara tersebut pada Khamis.

"Sampaoli merupakan orang terpilih," jelas Tapia yang telah memecat jurulatih Edgardo Bauza selepas terpilih menduduki kerusi AFA bulan lalu.

Menurut Tapia, AFA akan berbincang dengan Sevilla agar melepaskan Sampaoli daripada kontraknya sebaik sahaja Liga Sepanyol berakhir bulan depan.

Argentina kini berada di kedudukan kelima dalam Kumpulan Kelayakan Amerika Selatan dengan berbaki empat lagi perlawanan.

Empat pasukan teratas akan layak secara automatik ke aksi Piala Dunia manakala, pasukan di tangga kelima perlu bermain secara playoff di antara pasukan-pasukan (kelima) benua lain.



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.