Arsenal Diramal Ambil Kylian Mbappe - Media Shah Alam

Header Ads

Arsenal Diramal Ambil Kylian Mbappe

KYLIAN Mbappe kini menjadi rebutan beberapa kelab terkemuka Eropah yang memerlukan kemahirannya.
Namun legenda Arsenal, Robert Pires yakin penyerang muda AS Monaco itu akan berlabuh di Stadium Emirates, sekali gus semakin bersinar di bawah bimbingan Arsene Wenger.
"Saya memang berpandangan Arsenal akan mengambilnya. Masalahnya adalah berapa (nilai kontrak). Mbappe ada potensi bermain untuk Arsenal dan Wenger adalah jurulatih yang tepat untuk membimbingnya.

"Monaco dan Arsenal adalah kelab yang hampir sama, jadi ia tidak akan membawa perubahan besar," kata Pires, memetik Daily Mail.
Wenger sebelum ini juga pernah membantu bekas pemain Monaco lain iaitu Thierry Henry. Bagaimanapun, Pires tidak mahu membandingkan Henry dengan Mbappe yang baharu memulakan kerjayanya.

"Perbandingan itu tak perlu, dia belum bersedia untuk dibandingkan dengan Thierry. Mbappe adalah pemain yang hampir sama, tetapi tak adil untuk membandingkannya dengan Thierry.

"Saya harap Kylian mampu mengikut jejak Thierry. Karektornya sama dengan Thierry, pantas, kuat dan mampu memanfaatkan peluang dengan baik. Cuma dia masih sangat muda, jadi saya belum mahu membandingkannya," kata Pires.
Tampil memukau dengan 23 gol dan 11 assist untuk Monaco pada musim ini telah menyebabkan Mbappe menjadi rebutan.
Ejen Pascal Boisseau menetapkan harga €100 juta untuk mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 18 tahun ini.-mStar


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.