Azmin Ali Cari Balah Dengan JAKIM - Media Shah Alam

Header Ads

Azmin Ali Cari Balah Dengan JAKIM

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan adalah tidak adil beliau dikritik kerana konsert penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez tahun lalu.
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam ucapannya pada hari terakhir konvensyen PKR Pulau Pinang di Seberang Jaya.

Azmin merujuk kepada kenyataan perwakilan Pemuda PAS Shah Alam, Aubidullah Fahim Ibrahim, yang berkata PKR tidak melakukan apa-apa untuk menghalang konsert tersebut yang dijadualkan pada 25 Julai tahun lalu di Shah Alam, kawasan yang didiami majoriti umat Islam.

Semasa muktamar Pemuda PAS di Alor Setar pada Jumaat, Aubidullah mendedahkan penganjuran itu sebagai salah satu punca sayap parti tersebut memutuskan hubungan dengan PKR.
PAS telah membantah konsert itu daripada diadakan dengan mendakwa pakaian Selena terlalu seksi.
"Saya tidak tahu siapa Selena Gomez sehingga saya membuat carian di Internet.

"Saya juga merujuk seseorang sebagai 'Tok Lebai' kerana ia panggilan yang baik untuk digunakan kepada individu yang berilmu," katanya selepas dikritik kerana menggelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai 'Tok Lebai' dalam Twitternya.

Kenyataan Azmin itu sebagai respons balas kepada dakwaan Abdul Hadi bahawa PAS akan merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Tanpa menamakan PAS, Azmin berkata isu remeh itu tidak akan membantu pembangkang memenangi Putrajaya PRU akan datang.

"Kita perlu memberi tumpuan untuk menjatuhkan lawan iaitu Umno dan Barisan Nasional dan bukannya bergaduh sesama sendiri," kata Azmin.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/30/selena-azmin/#guh4vox544kVzuDW.99

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.