Baik Undi PAS Untuk Kalahkan UMNO - Media Shah Alam

Header Ads

Baik Undi PAS Untuk Kalahkan UMNO

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

SELANGOR 12 April-Baik undi PAS untuk kalahkan UMNO satu startegi baharu politik anak muda bukan peminat Barisan Nasional.

Mereka menilai PAN dan PPBM memerlukan masa 10 tahun untuk mengumpul kekuatan dan kepercayaan dikalangan orang Melayu berikutan kedua-kedua parti itu masih terlalu muda.

Rahsia anak muda yang bukan lagi menjadi rahsia ini diperolehi melalui perbualan di kawasan Shah Alam dan Puchong dua hari lepas.

Golongan 21 tahun ini memperjudikan pandangan mereka berikutan hubungan Pas dan PKR semakin genting berdasarkan kenyataan beberapa pemimpin Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada kerjasama politik dengan DAP.

Matlamat utama golongan muda ini untuk menjatuhkan UMNO semata-mata tanpa berpegang kepada fahaman mana-mana parti dalam blok pembangkang.

Bagi mereka,''selain DAP  mana-mana parti pembangkang yang dipimpin Melayu patut didahului bergatung kepada parti mana lebih kuat untuk menumbangkan UMNO.

Ketika berbual dengan beberapa orang dari golongan 21 tahun ini,mereka sebenarnya tidak totok mana-mana parti pembangkang,sebaliknya akan memberi undi kepada parti dari blok pembangkang yang lebih kuat.

Mereka berpendapat Pas lebih kuat berbanding dengan PAN,PPBM dan PKR,malah Pas juga lebih kemampuan untuk berdepan Barisan Nasional pada PRU ke-14 nanti.

Dengan pertandingan 3 penjuru disemua kawasan pilihan raya mereka yakin calon Barisan Nasional dari UMNO akan menang walaupun dengan majoriti tipis sekiranya golongan 21 tahun dari blok pembangkang melihat PAN,PPBM atau PKR lebih berupaya dari Pas.

Mereka berhujah dengan hujahan mudah difahami oleh semua peringkat,''kalau dah Melayu,Melayu jugalah''berapa kerat sahaja yang memberi undi kepada DAP walaupun Melayu sokong pembangkang,''.Kalau tak percaya pasang sahaja calon Melayu dari DAP dikawasan majoriti Melayu sokong pembangkang,'kompom DAP kalah manakala peluan UMNO dan Pas lebih cerah.

Mereka berpendapat,adalah lebih baik orang-orang yang mahu melihat UMNO-Barisan (UMNO-Barisan Nasional) tumbang pada PRU ke-14 nanti undi sahaja Pas daripada undi PAN dan PPBM manakala PKR hanya pilihan sekiranya Pas tidak letak calon.

Kesimpulan yang boleh difahami daripada perbualan mereka bersama penulis,selain daripada UMNO parti Pas adalah parti terkuat dari blok pembangkang.Jadinya mereka akan undi Pas semata-mata untuk tumbangkan UMNO.

Nota ringkas dari penulis
Mereka akan tejerat dengan idea yang dirasai patut diikuti oleh anak muda dikalangan pembangkang.


Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.