Bekas Anggota Tentera Maut Ditembak - Media Shah Alam

Header Ads

Bekas Anggota Tentera Maut Ditembak

SUNGAI SIPUT - Seorang bekas tentera meninggal dunia dengan satu kesan tembakan di bahagian dada kirinya sewaktu keluar memburu dan memancing di Kampung Perlop 1 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superitendan Abd. Fatah Abd. Rahman berkata, pihak polis menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.01 petang semalam.

Jelasnya, maklumat awal mendapati, mangsa, Mazlan Bakar, 33, bersama beberapa orang rakannya telah pergi memburu dan memancing di kawasan tersebut.

"Selepas kejadian berlaku, rakan mangsa membawanya ke Hospital Sungai Siput dekat untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

"Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui motif dan punca kejadian. Polis juga sedang menyiasat tujuan mangsa memburu dan senjata yang digunakan semasa kejadian," katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Abd. Fattah setakat ini, polis telah menahan seramai tiga orang masing-masing berusia 23, 29 dan 57 tahun untuk membantu siasatan.

Jelasnya, polis juga sedang menyiasat sama ada mangsa tertembak dirinya sendiri atau ditembak oleh individu lain sewaktu kejadian.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - K! ONLINE

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.