Bela Siti Aishah Hanya Cari Sokongan Politik Orang Melayu - Media Shah Alam

Header Ads

Bela Siti Aishah Hanya Cari Sokongan Politik Orang Melayu

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

JOHOR BAHRU 1 April - Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan hari ini menyelar tindakan Pakatan Harapan yang cuba 'menjuarai' isu penahanan Siti Noor Aishah Atam, 29, sedangkan tindakan mereka itu hanya untuk meraih sokongan rakyat dan bermotifkan politik.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri itu, Pakatan Harapan menggunakan isu tersebut untuk meraih simpati terutamanya orang Melayu, sekali gus mahu memainkan sentimen dan emosi masyarakat Melayu yang dilihat tidak lagi berpihak kepada mereka.

"Tidak perlu ada pihak Pakatan Harapan cuba untuk membela Siti Noor Aishah dan keluarganya dengan cara tidak jujur semata-mata mahu meraih simpati rakyat terutamanya orang Melayu yang kini tidak lagi memihak kepada mereka.

"Kalau mereka nak bela sekali pun, biarlah tunggu sehingga siasatan dijalankan polis selesai dan mahkamah pula sudah membuat keputusan," katanya selepas merasmikan Karnival Mini #KitaPulai di Permatang Kempas, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan semula Siti Noor Aishah (kini ditahan di Penjara Kajang) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu.

Penahanan itu dibuat semasa dia hadir ke mahkamah susulan rayuan dibuat Timbalan Pendakwa Raya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskannya pada September tahun lalu kerana memiliki 12 buku yang didakwa berkaitan kumpulan pengganas. - UTUSAN ONLINE

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.