BN Mampu Goyang Kerajaan Selangor Pada PRU 14 - Media Shah Alam BN Mampu Goyang Kerajaan Selangor Pada PRU 14 - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Khamis, 27 April 2017

BN Mampu Goyang Kerajaan Selangor Pada PRU 14

KUALA LUMPUR, 27 Apr: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata tiada apa yang mustahil dalam dunia politik termasuk untuk Barisan Nasional (BN) yang dilabel sebagai ”underdog” di Selangor, merampas semula negeri itu daripada genggaman kerajaan pakatan pembangkang.

Noh berkata seperti sukan, dalam dunia politik juga ”underdog” boleh mencipta kejutan kemenangan, dan merujuk politik Selangor, BN mampu mencipta kejutan itu jika semua pihak bekerjasama dan memberi komitmen sepenuhnya dengan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

“Sukan dan politik ini lebih kurang, dalam sukan ada istilah underdog, ada pasukan yang kita ramal tidak menang tiba-tiba boleh menang…dalam politik pun tidak mustahil,” katanya selepas merasmikan program Nadi Sihat Semarak “Bangkit Bersama” Sukan SEA ke-29 hari ini.

Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Nadi Sihat dan UMNO Bahagian Ampang itu antara lain bertujuan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada atlet negara yang akan bertanding pada Sukan SEA nanti.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengingatkan kembali pengalaman yang pernah dilalui BN di Selangor apabila tewas kepada pembangkang pada 2008 lalu walaupun dalam Pilihan Raya Umum 2004 mereka memperoleh kejayaan yang cukup cemerlang.

“Sebab itu saya cakap tiada yang mustahil. Hari ini kita boleh menang, esok kalah, lusa menang semula. Sukan pun sama, politik pun sama dengan syarat kita kena bangkit mulai hari ini untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Nadi Sihat, Datuk Ismail Kijo berkata program tersebut bertujuan untuk mempromosikan Sukan SEA dan menyemarakkan semangat kebangkitan para atlet negara dalam mengulangi kembali kejayaan pada 2001 ketika negara menjadi penganjur paling berjaya dan pada masa sama menjadi juara keseluruhan pada edisi Sukan SEA tahun itu.

“Penganjuran jelajah ini adalah sebagai usaha menyemai semangat bersukan dalam kalangan masyarakat khususnya menjelang Sukan SEA nanti di mana kita jadi tuan rumahnya,” kata Ismail.

Program jelajah ini antaranya melibatkan konvoi berbasikal dan pengedaran sejuta risalah mengensi Sukan SEA di setiap tempat persinggahan.

Jelajah ini akan bermula di Ampang dan berakhir di Kuantan selepas selesai menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. — BERNAMA


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: BN Mampu Goyang Kerajaan Selangor Pada PRU 14 Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam