Dr M: Karangkraf Kawasan Kilang, Siapa Buat Huru Hara? - Media Shah Alam

Header Ads

Dr M: Karangkraf Kawasan Kilang, Siapa Buat Huru Hara?

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

MELAKA, 2 April — Tun Dr Mahathir Mohamad tidak melihat rasional di sebalik keputusan polis membatalkan acara debatnya bersama Datuk Seri Nazri Aziz.

Bekas perdana menteri berkata alasan polis mendakwa debat itu perlu dibatalkan kerana mengganggu ketenteraman awam langsung tidak boleh diterima pakai.

“Petang tadi saya dapat maklumat, polis kata tak boleh, kononnya ada orang-orang di situ buat laporan, takut jadi huru hara.

“Bukan ada siapa pun duduk di situ, yang ada kilang saja. Jadi sekali lagi dibatal. Dibatal kerana apa, kerana takut,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Dr Mahathir berkata debat itu berlangsung di pejabat Karangkraf dalam kawasan perindutrian dan tiada penduduk di situ sehingga boleh mendorong berlaku huru hara.

Semalam, Ibu Pejabat Polis Shah Alam dalam satu surat kepada Karangkraf menjelaskan kelulusan permit dialog sebelum ini dibatalkan atas alasan ketenteraman awam berikutan aduan daripada penduduk setempat.

Sementara itu, Sinar Harian hari ini melaporkan sebanyak 18 laporan polis dibuat bagi membantah dialog Dr Mahathir dan Nazri yang berkisar tentang ketakutan dan kegusaran tentang dialog itu sejak semalam.

“Setakat pagi ini sebanyak 18 laporan polis telah dibuat bukan sahaja dari daerah Shah Alam, tapi juga dari Klang, Petaling Jaya, Serdang dan Hulu Selangor,” kata Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff.

“Selain itu, kita juga ada dapatkan maklum balas terhadap orang awam tentang sambutan dialog berkenaan, namun hasilnya laporan yang kita terima tidak begitu baik.

“Malah, dimaklumkan ada segelintir pihak yang akan datang pada tarikh dialog (7 April) untuk membuat kekecohan,” beliau dilaporkan berkata.

-Malay Mail

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.