728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Ahad, 2 April 2017

Enam Terbunuh Dalam Kemalangan

KUALA KUBU BHARU: Enam maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap treler yang terbabas di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, pagi Ahad.

Mangsa yang terbunuh ialah Lam Leong Choy, 76, Low Wai Loon, 46, Lam Jie Yang, 19, Wong Check Lee, 53, Lam Jie Hong, 13, dan Lam Wai Keat, 38.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata treler membawa muatan tanah yang menghala ke arah utara itu, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan yang sama.

"Dalam kejadian 7.40 pagi itu, semua mangsa mati di tempat kejadian. Polis masih menyiasat pertalian hubungan mangsa yang terkorban," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Supramaniam berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.
Beliau berkata pemandu treler terbabit tidak mengalami kecederaan dan kini dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Hulu Selangor untuk menjalani ujian air kencing dan darah.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.42 pagi dan enam  anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi kejadian.

"Anggota bomba mengambil masa satu jam lima belas minit bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu," katanya.


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Enam Terbunuh Dalam Kemalangan Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam