Exco PAS Tidak Peduli Desakan Disuruh Undur - Media Shah Alam Exco PAS Tidak Peduli Desakan Disuruh Undur - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Sabtu, 29 April 2017

Exco PAS Tidak Peduli Desakan Disuruh Undur

Ketua Dewan Pemuda PAS yang baharu, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Exco PAS Selangor hendaklah meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran kerajaan Selangor, demi berkhidmat untuk rakyat.

Katanya tiada sebab tiga Exco dalam pentadbiran Selangor daripada parti itu diminta berundur hanya kerana ada desakan politik berikutan timbulnya isu tahaluf siyasi atau kerjasama politik PAS dan PKR ketika ini.

“Secara faktanya kerusi PKR itu lagi sedikit daripada kerusi PAS di Selangor. Exco PAS di Selangor tidak dilantik PKR dan DAP oleh itu mereka mesti meneruskan tugas mereka untuk rakyat bukan untuk parti tertentu semata-mata,” katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail supaya anggota Exco PAS berundur daripada pentadbiran kerajaan Selangor jika parti itu mahu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Bercakap kepada pemberita selepas muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS berakhir di sini hari ini, Muhammad Khalil berkata Majlis Syura Ulama PAS perlu segera membuat keputusan ekoran hasrat perwakilan yang mahu parti itu memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR.

“Dalam perbahasan, jelas kedengaran perwakilan mahukan Majlis Syura Ulama memikirkan hubungan PAS dengan PKR, kerana kita juga telah ada satu pakatan baharu iaitu Gagasan Sejahtera untuk diperkasakan,” katanya.



Muhammad Khalil berkata satu pengumuman berhubung penyertaan parti-parti lain dalam pakatan blok ketiga politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Gagasan Sejahtera, yang membawa budaya politik matang dan sejahtera, adalah satu gabungan politik tidak rasmi yang dibentuk oleh PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sejak tahun lepas.

Mengenai pemilihan Dewan Pemuda, beliau berkata pemilihan tiga daripada 12 anggota Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Pusat dari Kelantan memberi isyarat bahawa pemerintahan PAS di Kelantan mesti dikekalkan.

” Dalam konteks politik di Kelantan kita mempunyai unsur-unsur yang menguatkan kita untuk mengekalkan kerajaan PAS Kelantan. Antaranya ialah Kelantan antara negeri majoriti pengundi Melayu dan fokus utama kita adalah agenda Islam itu sendiri dan perkasakan hak hak yang berkait dengan rakyat secara umum,” katanya.–Bernama


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Exco PAS Tidak Peduli Desakan Disuruh Undur Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam