728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Isnin, 10 April 2017

Fazura duta baharu telefon pintar Neffos

KOTA KINABALU 9 April - Pelakon filem J Revolusi, Nur Fazura Sharifuddin, 33, dilantik sebagai duta telefon pintar baharu, Neffos.

Pengurus Pemasaran Kanan TP-Libk Distribution Malaysia, Kelvin Lim berkata, sebagai satu jenama yang membawa pengguna dengan teknologi, pemilihan Fazura benar-benar boleh menjelmakan intipati Neffos.

“Beliau (Fazura) mempunyai personaliti yang sesuai dan beliau juga seorang selebriti yang dikenali selain mempunyai wajah penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Neffos juga dalam perancangan siri jelajah ke seluruh negara dan para peminat boleh bertemu secara dekat dengan duta baharu Neffos ini,” katanya pada majlis bertemu datu baharu Neffos Fazura di Kompleks Beli Belah Centre Point di sini hari ini.

Sementara itu, bagi Fazura, beliau sangat berbangga apabila dapat bekerjasama dengan jenama telefon pintar baharu seperti Neffos.
Katanya, beliau tertarik dengan ciri-ciri terkini, anggun dan bergaya yang terdapat pada Neffos. - UTUSAN ONLINE


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Fazura duta baharu telefon pintar Neffos Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam