728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Jumaat, 7 April 2017

Haramkam mikroplastik dalam alat kosmetik

GEORGE TOWN, 7 April ― Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu penggunaan mikroplastik dalam produk penjagaan diri dan kosmetik diharamkan kerana ancamannya kepada kesihatan dan alam sekitar yang dikaitkan dengan zarah kecil plastik.

Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata mikroplastik telah digunakan dalam produk dandanan diri dan kosmetik seperti deodoran, syampu, perapi, gel mandian, gincu, krim pencukur dan topeng muka sejak 50 tahun lalu untuk menggantikan bahan semula jadi yang digunakan dalam penghasilkan produk.

“Oleh kerana saiznya yang amat halus, zarah-zarah ini mengalir terus ke otak dan ke dalam jasad air dan menyumbang kepada ancaman pencemaran plastik di lautan,” kata beliau pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata kajian oleh CAP menunjukkan bahawa pelbagai produk seperti gel dan pencuci muka menyatakan pada labelnya bahawa produk itu mengandungi mikroplastik.

Selain itu, ada juga produk yang mengandungi sebatian plastik yang dilabelkan sebagai “acrylates” menunjukkan bahawa produk-produk ini mengandungi mikroplastik, kata beliau. ―BERNAMA

Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Haramkam mikroplastik dalam alat kosmetik Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam