Harga Petro dan Diesel Meningkat - Media Shah Alam

Header Ads

Harga Petro dan Diesel Meningkat

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Kenaikan harga baharu petrol RON95 dan RON97 bagi minggu ketiga bulan April bermula Khamis ini.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM2.24 seliter berbanding RM2.16 iaitu meningkat 8 sen, manakala RON97 naik sebanyak sembilan sen, RM2.52.(meningkat 9 sen)

Harga baharu diesel pula RM2.16 berbanding minggu lalu RM2.08 seliter.(meningkat 8 sen)
Semua harga-harga baharu ini akan bermula esok (Khamis) sehingga 19 April ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan kenaikan harga baharu petrol itu di laman Twitter pada Rabu.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa mekanisme harga baharu bahan api mingguan digunakan bermula April dan seterusnya.

Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi bahan api.

Dengan mekanisme mingguan baharu ini, harga minyak akan diumumkan setiap Rabu dan harga yang baharu berkuatkuasa selepas tengah malam.

-mStar

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.