Hina PM Najib Anggota Polis Diheret Ke Mahkamah - Media Shah Alam Hina PM Najib Anggota Polis Diheret Ke Mahkamah - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 26 April 2017

Hina PM Najib Anggota Polis Diheret Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR, 26 Apr: Seorang anggota polis dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi aplikasi Facebook miliknya, tahun lepas.

Kpl Nik Azmi Nik Mustapha,39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini didakwa menggunakan aplikasi Facebook miliknya untuk memulakan penghantaran komunikasi palsu yang menghina perdana menteri pada pukul 12 malam, 13 Dis tahun lepas.

Pautan itu kemudiannya telah dibaca melalui laman Twitter “Kelab Suara Umno (M) @ Suara Umno di Pejabat D5, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Jalan Hang Tuah di sini pada 4.30 petang, 14 Dis lepas.

Nik Azmi didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pembabitan,jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh diwakili peguam Zulhazmi Shariff.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Jun untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan itu. –Bernama


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Hina PM Najib Anggota Polis Diheret Ke Mahkamah Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam