728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Ahad, 2 April 2017

Jakim Akan Ambil Keterangan Siti Kasim

PASIR PUTEH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sekiranya terdapat kesalahan maka Jabatan Agama Islam Negeri boleh mengambil tindakan.
"Jakim tiada kuasa untuk mengambil tindakan hanya Jabatan Agama Islam Negeri sahaja yang ada kuasa mengambil tindakan mengikut apa jua kuasa mengikut enakmen berkaitan jenayah, akidah serta penyebaran perkara yang boleh merosakkan agama Islam," katanya.

Asyraf Wajdi berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh di sini, Ahad.
Beliau berkata buat masa sekarang, Jakim mengambil pendekatan memanggil Siti Kasim untuk berbincang mengenai kenyataannya itu.

"Kita bukannya mahu menjatuhkan maruahnya, adakah benar apa yang dikatakan.Kita mahu dengar dahulu daripada mulut dia sendiri tetapi apabila dipanggil jangan pula tidak hadir," katanya.

Asyraf Wajdi mengulas kenyataan Siti Kasim dalam rancangan temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lepas berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.

Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi yang dilantik sebagai Ikon Integriti JBPM Kelantan berkata pelantikannya itu adalah satu amanah yang besar dan juga dianggap sebagai satu penghormatan tinggi.

Katanya semua pihak perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan penuh integriti.

Beliau juga memuji inisiatif yang diambil oleh JBPM dan Jabatan Kesihatan untuk bekerjasama memastikan tugas yang melibatkan keselamatan rakyat dapat dijalankan dengan lebih efektif dan efisien.

Pada majlis menandatangani MoU itu, JBPM Kelantan diwakili pengarahnya Azmi Osman manakala Jabatan Kesihatan Kelantan diwakili oleh Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. - BERNAMA


Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Jakim Akan Ambil Keterangan Siti Kasim Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam