Kemana Hilangnya Logo "T'' UMNO Tukar Kelantan - Media Shah Alam

Header Ads

Kemana Hilangnya Logo "T'' UMNO Tukar Kelantan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

RAKYAT Kelantan pastinya tidak lupa dengan pelekat kenderaan berlogo T dan K yang ditampal pada kendraan milik persendirian sebelum PRU-13.

“T“,bermaksud tukar iaitu tukar pemerintah Kelantan dari PAS kepada UMNO-Barisan Nasional.Pelekat kenderaan berlogo T adalah ciptaan penyokong UMNO-Barisan Nasional.

“K” bermaksud kekal,iaitu kekel Kelantan dibawah pemerintahan PAS.Pelekat kenderaan berlogo K ciptaan penyokong PAS.

Menurut pandangan umum,logo T dan K yang tertera dipelekat kenderaan wujud semasa penggal pertama UMNO dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semasa kempen PRU-13 pasti rakyat Malaysia terlihat pelekat kenderaan dengan logo T atau K dipasang pada kenderaan oleh kebanyakan rakyat Kelantan atau pengundi.

Kempen dengan cara itu,kesannya turut kelihatan apabila UMNO-Barisan Nasional berjaya memenangi enam kerusi pada PRU-13.

Walaupun tidak berjaya menumbangkan kerajaan PAS Kelantan,ia dilihat masih sesuai jika pelekat kenderaan berlogo T digunakan untuk kempen PRU-14.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan,Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan UMNO,Tan Sri Annuar Musa perlu melihat pentingnya pelekat kenderaan berlogo T bagi kempen PRU ke-14 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.