Kes Pelajar Tahfiz: Polis Klafikasi Sebagai Kes Bunuh - Media Shah Alam Kes Pelajar Tahfiz: Polis Klafikasi Sebagai Kes Bunuh - Media Shah Alam

728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 26 April 2017

Kes Pelajar Tahfiz: Polis Klafikasi Sebagai Kes Bunuh

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar tahfiz yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kes adik Mohamad Thaqif Amin – PDRM ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 (Kanun Kesiksaan) kerana bunuh,” kata beliau di laman Twitternya, Rabu.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohamad Thaqif Amin.
Berikutan itu, Khalid berkata polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.

"Kes adik Mohamad Thaqif Amin – PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera," kata Khalid.

Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, tempat pelajar itu mendapatkan rawatan.

Pelajar tahfiz itu dijadual menjalani pembedahan memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pagi Rabu, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kedua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak pada bahagian lain tubuhnya.-Bernama



Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Kes Pelajar Tahfiz: Polis Klafikasi Sebagai Kes Bunuh Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam