Kit Siang Takut Istihar Dia Ketua Pakatan Harapan - Media Shah Alam

Header Ads

Kit Siang Takut Istihar Dia Ketua Pakatan Harapan

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menempelak penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana takut untuk mengisytiharkan kedudukannya dalam gabungan Pakatan Harapan.
Salleh, yang juga Bendahari Umno, berkata dalam Umno, hirarki kepimpinan adalah jelas berhubung siapa yang menjawat jawatan nombor satu, nombor dua dan nombor tiga.
"Sekurang-kurangnya dalam Umno, kami jelas tentang hirarki dan tentang siapa yang mengeluarkan arahan. Keadaannya tidak sama bagi Pakatan Harapan," katanya dalam catatan terkini menerusi blog sskeruak.blogspot.my pada Khamis.
Salleh berkata dalam Pakatan Harapan, mereka bersembunyi di belakang perkataan 'penasihat' dan pada masa sama, membuat semua keputusan seorang diri, sepertimana yang lazimnya dilakukan oleh diktator.
"Semua (pemimpin) yang disebut sebagai penasihat ini tidak dipilih dan perkataan lain bagi pemimpin yang tidak dipilih adalah diktator," katanya. - Bernama



Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.