Lajim Ukin Kekal Ketua Pembangkang Sabah - Media Shah Alam

Header Ads

Lajim Ukin Kekal Ketua Pembangkang Sabah

Admin:Mohamad/Email:mediashahalam@gmail.com

KOTA KINABALU - Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah yang juga Adun Klias, Datuk Seri Lajim Ukin, kekal sebagai Ketua Pembangkang sehingga hujung penggal Dun Sabah.

Ketika mengumumkan demikian, Speaker Dun Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata keputusan muktamad itu dibuat selepas beliau meneliti bantahan daripada Adun daripada pembangkang mengenai jawatan tersebut.

"Selepas menerima pelbagai bantahan mengenai jawatan ketua pembangkang, saya telah meneliti dan memutuskan jawatan itu kekal disandang ketua pembangkang sedia ada (Lajim) sehingga hujung penggal Dun," katanya sebelum memulakan persidangan Dun Sabah di sini hari ini.

Sebelum memulakan persidangan, Syed Abas meminta semua Adun bertafakur seminit bagi memperingati Adun Tungku Datuk Mohd Suhaili Said yang meninggal dunia pada 24 Mac lepas.


"Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan buat negeri ini kerana beliau terkenal sebagai tokoh agama," katanya.

Allahyarham Mohd Suhaili, 56, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser hati. - BERNAMA

Berita Terkini

    Tiada ulasan

    Dikuasakan oleh Blogger.