728x90 AdSpace

.
Pena Tidak Didendang
10 TERKINI
Rabu, 5 April 2017

Mangsa Banjir Kuala Balah Terima Bantuan RM171,000

KOTA BHARU - Sejumlah RM171,000 diperuntukkan untuk bantuan banjir bagi fasa pertama di Dun Kuala Balah dan Ayer Lanas yang diagihkan dua hari lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan, Zainuddin Hussin peruntukan tersebut melibatkan 342 mangsa di kedua-dua Dun berkenaan.

“Seramai 298 mangsa di Dun Ayer Lanas dan 44 di Dun Kuala Balah telah menerima bantuan mereka bagi fasa pertama kelmarin dan semalam.

“Kita harap bantuan diperuntukkan Agensi Pengurusan Bantuan Bencana Negara (Nadma) yang merupakan salah satu agensi bertanggungjawab dalam kelulusan pengigihan wang ehsan ini dapat membantu meringankan beban mangsa," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan wang ihsan bencana fasa 1 Jajahan Jeli Dun Ayer Lanas di sini, semalam.

Program dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohd Nasir Mohd Nor itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Teknikal dan Infrastruktur Nadma, Wan Muzani Wan Idris selain wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu, Mohd Nasir berharap semua penerima akan memanfaatkan bantuan diterima sebaiknya untuk memenuhi keperluan harian mereka.

Menurutnya, beliau bagi pihak penerima berterima kasih kepada kerajaan, Nadma dan APM yang bertindak segera menyelesaikan proses agihan berkenaan.

“Terima kasih di atas keprihatinan semua pihak, bantuan ini saya kira paling cepat disalurkan dan tepat pada masanya kerana keadaan cuaca yang tidak menentu beberapa hari kebelakangan ini,” katanya.

Mohd Nasir berkata, sebahagian penerima bergantung kepada kerja menoreh untuk menyara kehidupan mereka dan keadaan cuaca kebelakangan ini menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan rutin mereka.

“Setidak-tidaknya bantuan ini dapat digunakan untuk perbelanjaan dan persekolahan anak- anak sementara cuaca kembali seperti sedia kala,” katanya.

Dianggarkan hampir 1,000 mangsa terlibat bencana banjir di daerah ini penghujung tahun lalu dan awal tahun ini.-SINAR HARIAN

Berita Terkini

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 ulasan:

    Item Reviewed: Mangsa Banjir Kuala Balah Terima Bantuan RM171,000 Rating: 5 Reviewed By: Media Shah Alam